Anjuran : Persatuan Penyair Malaysia dengan kerjasama Nuha Creative Resources (Malaysia). Gadis Buku (Malaysia), Salmah Creative (Indonesia) dan Ombak Scripthouse Production (Singapura)

Tarikh : 12 April 2020

Masa   : 8.30 malam (mengikut waktu negara masing-masing)

Bahasa pengantar : Bahasa negara masing-masing

Tema : Satu Suara Satu Dunia

Penyertaan negara setakat ini : 14 buah negara

Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Pakistan, Iran, Belgium, Persekutuan Russia, Korea Selatan, Itali, Kemboja.

Objektif:

  1. Melahirkan suara kebersamaaan dan kepedulian penyair di merata dunia terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku kesan dari pandemic COVID-19 yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia.
  2. Mengungkapkan penghargaan dan inspirasi kepada barisan hadapan dan pejuang-pejuang yang bertungkus lumus mengorbankan nyawa untuk membasmi COVID-19.
  3. Menghasilkan pengkaryaan penyair terhadap kemanusiaan sejagat dalam bentuk pelbagai genre karya seperti puisi, lagu puisi dan naskhah monolog.
  4. Advertisement
  5. Menyedarkan khalayak awam agar bersama-sama menyokong usaha Kempen Duduk Di Rumah : Membaca dan Menulis yang telah dilancarkan sebelum ini oleh Persatuan Penyair Malaysia.

Cara / kaedah pelaksanaan

  • Semua penyair/peserta akan membuat hantaran di laman FB masing-masing secara serentak pada 12 April 2020, jam 8.30 malam dalam bentuk baca puisi, lagu puisi @ monolog secara siaran langsung (live FB) atau rakaman video. Hantaran (posting) dibuat dalam mod umum (public) agar dapat dilihat semua khalayak.
  • Setiap peserta akan menulis di hantaran masing-masing.

Baca Puisi Dunia Covid-19

Nama

Negara

#satusuarasatudunia

  • Semua penyertaan akan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kesatuan suara kebersamaan.
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

One thought on “Baca Puisi Dunia Covid-19 pada 12 April”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *