Assalamualaikum 🌴

Siapa yang kenal Che Kiah mesti terkejut tengok CK promosi barang, sebab CK boleh dikatakan tak pernah buat kerja ni.

Tapi kali ni CK teruja nak kongsi pada semua sejenis makanan sihat yang dah lama CK cari baru jumpa.

Kalau di Ganu kami panggil nissan kerek, dibuat daripada nira kelapa asli. Tapi susah dah nak dapat yang 100% asli, kebanyakan campur gula. Nak guna kena hentam dengan alu lesung baru patah. Tersilap hentam kena tangan… kensel masak hari tu.

Cari punya cari CK jumpa produk #Nyior ni. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Asalnya nak beli je, tapi bila rasa kesedapan dan keasliannya, terus CK jadi stokis.

CK bukan reti sangat menjual, dah la jenis introvert, tapi CK beranikan diri sebab CK rasa ramai orang macam CK sedang cari produk sama. Bagi CK benda baik wajib dikongsi manfaatnya.

Gula Kelapa Nyior ni ada USDA Organic tau! USDA Certified Organic, Non-GMO, Halal Certified, Pure and Unrefined Granulated Coconut Sugar.

Sebagai anak yang membesar dengan gula kelapa asli, bau harum Nyior ini membawa kenangan CK pada zaman dulu. Selain untuk jaga kesihatan, CK guna Nyior untuk kembali kepada kenangan manis sebagai budak kampung.

Kenapa kena beli Nyior?

Nyior adalah gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks (Low GI) iaitu hanya 35/100 berbanding dengan 68/100 gula biasa. Lebih tinggi GI lebih bahaya pada kesihatan.

Ia mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan gula pasir yang hampir tiada mineral.

Jadi pesakit diabetis boleh dan sesuai mengambil gula kelapa berbanding gula putih. Ambil dalam kuantiti yang sederhana dan terkawal.

Jangan lupa tempah dengan CK untuk cuba kebaikan Nyior ni. Ada dua pilihan, bongkah atau serbuk. Bongkah tu rasa ‘kelat’ tu lebih sikit berbanding serbuk. Kalau tanya CK, sudah tentu CK sarankan ambil sepasang terus, nama pun nak rasa dulu kan!

Maka, jangan segan-segan hubungi CK di sini ya:

Www.wasap.my/60133544889/Nyior.

Kita jaga kesihatan kita!

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *