Hanna Yeoh (Gambar The Star)

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook “Hannah Yeoh” dan “Siti Kassim” bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial masing-masing, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan terhadap kedua-dua inidividu ini dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

Satu siasatan telah dilakukan pada Khamis lepas (11 Jun) berhubung kenyataan yang dibuat pemilik akaun ‘Hannah Yeoh’ di Facebook yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Advertisement

Huzir berkata polis turut menyiasat kenyataan “Siti Kassim” yang dikatakan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Katanya siasatan sudah dijalankan pada 27 Mei lalu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Setakat ini, sebanyak 113 laporan polis sudah diterima berkaitan kenyataan ‘Siti Kasim’ bertajuk ‘Pis Way Of Dealing With A Problem’,” katanya.

Huzir turut menasihati orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan berbentuk khabar angin atau berita mempunyai kecenderungan menghasut yang mendatangkan suasana tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam. – BERNAMA.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *