Anggota pertahanan awam Syria yang dikenali sebagai White Helmet bersiap sedia dengan peralatan sterillisation di Idlib pada Mac lalu. (Gambar AFP)

SYRIA Care memandang serius dan khuatir dengan penularan wabak Covid-19 yang telah mula dikesan di Bab Hawa, Idlib, Syria.

Kes pertama membabitkan doktor perubatan warga tempatan yang memasuki negara itu dari Turki disahkan pada Khamis (9 Julai 2020).

Berikutan perkembangan itu, Syria Care dan kesemua rakan kerjasama telah mengambil segala langkah sepatutnya dengan mematuhi Piawaian Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang disaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mengekang dan memutuskan rangkaian Covid-19.

Selain itu, pihak kami turut memantau perkembangan itu dan melakukan penilaian mengenai keperluan semasa.

  • SITI SAKINAH MEOR OMAR Pengerusi Syria Care
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *