Tahun ini Kuala Lumpur dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia (Kuala Lumpur Book City 2020) bermula April 2020 hingga April 2021. Pelbagai aktiviti perbukuan dianjurkan di negara ini.  Sebagai meraikan acara buku bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur, ada sebelas buku dari koleksi peribadi saya dijual kepada peminat-peminat buku.  Kepada yang berminat boleh menghantar pesanan melalui Whatsapp kepada 0193974889.

(SOLD) Changi: Tahun-Tahun Gerhana 1941 – 1945. Penulis: T.P.M Lewis (Terjemahan Mohd Nor Long. Tajuk asal buku ini Changi: The Lost Years. Persatuan Sejarah Malaysia mengusahakan terjemahan kerana buku ini menyimpan banyak sejarah yang berkaitan negara ini pada period peperangan 1941 – 1945. Penulis buku ini adalah bekas pendidik yang lama bekerja semasa penjajahan British di negara ini.

Lee Kuan Yew’s Singapore. Penulis: T.J.S George. Buku ini cetakan pertama 1973 diterbitkan oleh Eastern University Press, Singapura. Buku ini merupakan pengamatan dari sudut pandangan Asia mengenai Lee Kuan Yew yang senama dengan Singapura. Tidak ketinggalan menyingkap kekuatan politik Lee Kuan Yew hingga dianggap sebagai diktator. Buku ini membawa kita mengenal pemimpin Asia yang tertonjol di pentas dunia.

Masterpiece of Modern Chinese Fiction 1919 – 1949. Sebuah buku yang menyingkap pemikiran sasterawan kontemporari China terhadap 30 tahun pertama Republik Rakyat China. Ada 24 cerpen yang dihadilkan oleh 24 sasterawan antara 1919 hingga pengisytiharan Republik Rakyat China pada 1949. Buku ini sangat penting untuk melihat sudut pandang masyarakat sasterawan menanggapi revolusi yang bermula 1911 yang menurunkan sistem dinasti yang terkenal itu.

Malaya Upside Down. Penulis: Chin Kee Onn. Cetakan ketiga tahun 1976. Pertama kali diterbitkan tahun 1946 di Singapura. Buku ini mengenai tahun-tahun penuh lara ketika penjajahan Jepun di Malaya. Buku ini menjadi rujukan penting tentang penjajahan Jepun. Buku ini dianggap sebuah sudut pandangan yang segar kerana diterbitkan lebih kurang setahun selepas Jepun menyerah kalah kepada British.

Advertisement

(SOLD) Athies. Penulis: Achdiat K. Mihardja. Cetakan keempat 1960 terbitan Toko Buku Abas Bandung Melaka. Buku ini antara karya agung Achdiat dan menjadi rujukan penting dalam sastera Melayu Nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia. Malah menjadi novel moden Indonesia yang begitu tertonjol jatidiri dan pemikiran dari laras bangsa Indonesia. Diterbitkan buat pertama kali oleh Balai Pustaka, Jakarta tahun 1949.

Ratapan Tanah Ayer. Penulis: Alan Paton. Buku ini merupakan cetakan pertama bahasa Melayu diterbitkan oleh DBP tahun 1965. Tajuk asal Cry The Beloved Country. 

(SOLD) Koleksi Terpilih Arena Wati. Penulis Arena Wati. Cetakan Pertama 1996. Buku ini menghimpunkan karya cerpen terpilih Arena, gragmen novel dan esei tuisan Wati, antara cerpennya ialah Tangisannya Sayang Peluru, Bukan Satu Jalan Ke Makkah dan Bara Batu.

(SOLD) Pagar Bukan Penjara. Penulis Hamzah Hussin. Terbitan 1996 oleg DBP. Buku ini merupakan himpunan cerpen karya aktivis pergerakan penulis Asas 50 di Singapura. Cerpen yang dimuatkan dalam buku setebal 711 halaman ini dihasilkan antara 1947 hingga 1968. Diselenggarakan oleh Dr Othman Puteh.

Seorang Tua Di Kaki Gunung. Penulis Azizi Haji Abdullah. Ini merupakan antara buku karya Azizi yang popular. Dihasilkan ketika penulis berusia 30-an berlatarkan sebuah perkampungan di Kedah. Pernah diadaptasi menjadi drama televisyen.

Sakura Menguak Kelopak. Penulis Arena Wati. Terbitan DBP 1988. Novel ini mendedahkan stratifikasi masyarakat dan budaya orang Jepun. Penulis melukis perwatakan dengan terperinci hingga pembaca dapat menyelami kehadiran watak Melayu di tengah-tengan pergolakan masyarakat industri di Jepun.

Pulanglah Perantau. Penulis Aziz Jahpin. Novel ini pernah memenangi hadia sagu hati peraduan mengarang sempena sepuluh tahun merdeka. Pernah menjadi teks sastera akhir tahun 1970-an.  Mengenai perjalanan hidup seorang tentera yang memberikan motivasi.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *