Di bawah adalah senarai buku-buku koleksi peribadi Ku Seman untuk dijual kepada peminat buku. Ini merupakan sebahagian daripada koleksi buku langka. Kepada mereka yang berminat boleh hubung menerusi Whatsapp 019-3974889.

  • KENANG-KENANGAN HIDUP.  Penulis Hamka. Terbitan 1961 oleh Usaha Penerbitan Gapura, Jakarta. Tebal 182 halaman. Buku ini antara yang menjadi buruan kolektor dan peminat buku langka. Menggunakan sistem ejaan Indonesia lama.
  • PUISI LAMA. Dikumpul dan diuraikan oleh S. Takdir Alisjahbana. Antologi ini mula diterbitkan sejak sebelum Perang Dunia Kedua untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah di Indonesia. Buku ini menerangkan dengan jelas hubungan antara puisi lama dengan masyarakat di Indonesia.
  • HIKAYAT 1001 MALAM. Diterbitkan pada 1966 oleh DBP. Edisi ini merupakan terjemahan daripada karangan Hassan Jauhar, Muhammad Ahmad Baranik dan Amin Amin Ahmd Al Atar. Tebal 240 halaman.
  • ANGIN TIMOER-ANGIN BARAT. Penulis asal Pearl S Buck berjudul East Wind West Wind. Diterbitkan oleh  Balai  Poestaka, Jakarta tetapi tidak ada tahun penerbitannya. Menggunakan sistem ejaan Indonesia lama. Novel ini mengemukakan konflik antara budaya Barat dan Timur. Mengenai masyarakat Cina yang harus menyeduaikan diri dengan budaya baru di Timur yang bertentangan dengan budaya asal mereka.
  • Advertisement
  • RATAPAN TANAH AYER. Penulis Alan Paton dengan judul asal Cry For Beloved Country. Doterjemah oleh Salleh Daud dan diterbitkan oleh DBP tahun 1965. Buku ini merupakan cetakan pertama dalam bahasa Melayu.
  • PATAH SAYAP TERBANG JUA. Penulis A Samad Ismail. Diterbitkan oleh Penerbitan Setia Murni Kuala Lumpur, cetakan ketika 1969. Novel pertama A. Samad Ismail ini banyak berkisar mengenai dunia kewartawanan Melayu pada era penjajahan Jepun di Malaya. 
  • RINTISAN. Penyelenggara Ali Haji Ahmad dan diterbitkan oleh DBP tahun 1964 (Cetakan pertama). Ini merupakan antologi cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Antara yang menggerakkan penulisan cerpen era sebelum perang ialah Utusan Melayu, Warta Jenaka dan Warta Ahad.  Buku ini memberikan gambaran yang menarik mengenai pemikiran golongan penulis yang memberi reaksi terhadap sosiobudaya di sekitar mereka.
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *