KUALA LUMPUR, 27 Okt – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melalui Projek Relawan Muda telah memberikan Bantuan Keperluan Asas Covid-19 yang mensasarkan fakir miskin, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

Ketua Pemuda Isma, Arifin Manan dalam kenyataan media memberitahu, bantuan itu meliputi daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna yang melibatkan 350 keluarga dan hampir 2,000 fakir miskin yang sebahagian besarnya penduduk tetap, pemegang pas IMM13, pendatang asing, penduduk tanpa negara (stateless) dan warga tempatan.

Arifin Manan

Katanya, sehingga 25 Oktober lalu, Relawan Muda telah memberi sumbangan di Kampung Bakau Batu 3, Kampung Sundang, Kampung Bakau (Batu Sapi), Perumahan Setinggan Taman Mutiara, Perumahan Setinggan Batu 2 di Sandakan.

Manakala di Kota Kinabalu pula meliputi Kampung Selambangun, Kampung Sabang, setinggan di Kampung Kolam Pulau Gaya , Rumah Sewa Segama dan Sinsuran. Di Semporna meliputi Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum, Pulau Luamanggas, Kampung Sri Aman Darat, kampung Sri Aman Laut dan banyak lagi.

Advertisement

Bagaimanapun sebahagian daripada warga tempatan sukar menerima bantuan kerajaan kerana masalah logistik.

Beliau memberitahu,  ‘stateless’ di Sabah kebanyakannya bekerja sebagai buruh harian, pekerja kedai, petani dan nelayan yang rata-ratanya tidak layak menerima bantuan keperluan asas daripada kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. Malah PKP juga menyebabkan mereka tidak dapat bekerja dan terputus bekalan makanan.

Oleh yang demikian Pemuda Isma memohon jasa baik syarikat-syarikat swasta dan  perseorangan untuk memberi sumbangan kepada tabung Bantuan Keperluan Asas Covid-19.

Sumbangan berupa wang ringgit boleh disalurkan melalui akaun Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu (Maybank : 560214058721), rujukan: Sumbangan Covid-19  atau menghubungi Dr. Sobri di talian +60 17-212 1931.

Selain itu juga bagi mereka yang berminat mahu menyumbang susu tepung untuk bayi bawah setahun juga dialu-alukan.

Fasa bantuan seterusnya yang dianggarkan bernilai RM30,00 turut mendapat kerjasama daripada Semporna Prihatin dan Yayasan Maghfirah akan mensasarkan 300 buah keluarga di kawasan berbeza. 

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *