Husam Zomlot (kanan) ketika diwawancara oleh Lewis Jones di BBC London baru-baru ini

Duta Palestin di London, Husam Zomlot cuba diperangkap oleh BBC apabila diundang ke studio untuk diwawancara mengenai konflik terbaru Israel – Palestin yang meletus minggu lalu.  Bagaimanapun perangkap itu tidak mengena apabila Husam Zomlot menangkis semua soalan provokasi moderator Lewis Jones.

Sebenarnya keadaan yang sedemikian (mengundang pihak Palestin) untuk bercakap mengenai negara itu kepada dunia adalah tindakan yang luar biasa dan penuh helah.  Bagaimanapun kewibawaan duta itu menjadikan helah media Barat untuk memberikan gambaran buruk kepada Palestin tidak berjaya.

Dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di BBC itu,  Lewis Jones awal-awal lagi memprovokasi duta itu dengan mendesak supaya menghentam tindakan Hamas menyerang Israel.  BBC cuba membawa naratif bahawa Hamas bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan kepada orang awam Israel.

Moderator BBC Lewis Jones

Sebaliknya Husam Zomlot mengkritik sikap berat sebelah media Barat termasuk BBC yang dengan sengaja mencipta naratif keganasan di pihak Palestin. Padahal sejarah sejak 1948 membuktikan yang pendatang haram Israel yang bertindak ganas dan merompak tanah air Palestin.

Perdebatan di BBC itu agak panas dan tegas, bagaimanapun duta itu memperlihatkan sikap yang tenang di sebalik lontaran jawapannya yang lancar seperti roket Hamas menghancurkan tempat ketenteraan Israel  pada Sabtu.

Sikap tenang itu menggelisahkan moderator kerana agenda BBC untuk memaksa Husam Zomlot menyalahkan Hamas tidak berjaya.  Sebaliknya beliau ‘sekolahkan’  Lewis Jones dengan fakta-fakta dari sejarah awal pendudukan haram Israel di Palestin.

“Awak lihat kekejaman yang berlaku dalam 48 jam lalu, tetapi awak tidak lihat pencabulan Israel lebih 75 tahun lalu.”

Advertisement

“Berapa kali Israel melakukan jenayah perang?  Tetapi adakah ” Adakah anda  meminta mereka menyalahkan  diri sendiri? Pernahkah awak lakukan itu?”

Dalam  jawapan balas yang panjang itu, Husam Zomlot terus menuduh BBC dan media Barat lain memberikan laporan yang tidak adil terhadap konflik yang berlaku di Palestin. Beliau berkata dengan tegas hingga mematikan ruang untuk Lewis Jones mencelah dan mengemukan soalan.

“Anda membawa saya ke sini  (studio BBC) apabila  ada orang Israel yang terbunuh. Adakah anda membawa saya ke sini ketika banyak orang Palestin di Tebing Barat terbunuh, lebih daripada 200 terkorban sejak beberapa bulan kebelakangan? Adakah anda akan menjemput saya apabila terdapat provokasi Israel di Jerusalem dan di tempat lain?”  kata Husam Zomlot.

Kemudian dalam keadaan moderator terkulat-kulat kerana kehilangan hujah, Husam Zomlot menambah, “Apa yang dilihat oleh Israel (dalam serangan Hamas baru -baru ini] adalah tragis dalam 48 jam terakhir. Tetapi kami orang Palestin melihat setiap hari selama 50 tahun yang lalu. Adakah anda tahu keadaan di Gaza?  Ini adalah penjara terbuka yang terbesar. “

Husam Zomlot, dilantik sebagai Duta Palestin di London pada Oktober 2018 telah banyak kali mengkritik sikap berat sebelah BBC dalam membuat laporan mengenai konflik di Palestin.

Pada April,  beliau memulaukan media Barat kerana mengamalkan ‘dasar editorial yang tidak beretika.”  Tindakan itu tercetus ekoran gelombang kritikan  keras terhadap tajuk berita BBC yang menggambarkan masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis sebagai “tapak suci yang dipertandingkan.”

 

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *