Mohd Annuar Zaini


KUALA LUMPUR, 4 Mac  — Mengapa Istana Kelantan menarik balik Tauliah Dato’ Paduka daripada Datuk Seri Mohd Annuar Zaini?

BebasNews difahamkan daripada sumber-sumber istana, Annuar dikatakan ‘antara perancang utama’ sehingga Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V meletak jawatan selaku Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.  Bagaimana sumber itu tidak menyatakan butiran lanjut.

Menurut laporan berita NSTP: Istana Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) daripada Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Pasar Buku Bangi di Perpustakaan Awam Bangi pada setiap Sabtu kedua dan keempat. Bermula pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. Untuk keterangan lanjut Whatsapp 019-3974889 (Ku Seman).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad, menerusi kenyataan media, berkata Mohd Annuar yang juga Ahli Dewan Negara Perak sudah dimaklumkan perkara berkenaan menerusi surat yang disampaikan kepadanya pada hari yang sama.

Katanya, adapun penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad Ke V, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.

Advertisement
Kenyataan akhbar Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato Haji Nazran Mohammad.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan sudah mewartakan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015.

“Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang yang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.

“Enakmen ini juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen ini termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu,” katanya.

Selain Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak dan juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

– Petikan  BEBASNEWS

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *