Peguam Hanif Katri Abdulla yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim keluar dari Mahkamah Koroner selepas keputusan Komital kes itu pagi tadi. Foto oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini sebentar tadi membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim berhubung permohonan perintah komital kepada Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Koroner Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas mendapati wujud prima facie atas imbangan kebarangkalian dalam kes inkues itu serta berpuas hati dengan hujahan kedua-dua belah pihak yang dikemukakan sebelum ini.

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata mahkamah membenarkan permohonan itu atas alasan berlaku satu tindakan oleh Tommy yang menjurus kepada penghinaan mahkamah.

“Ia apabila semasa prosiding mahkamah (inkues) sedang berlangsung terdapat perkembangan untuk memberhentikan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga mangsa iaitu, Syazlin Mansor yang boleh mencacatkan dan memudaratkan kelancaran inkues.

Tommy Thomas

“Selain itu dalam afidavit yang dikemukan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada 3 April lalu, ia menjadi rentetan hingga ada gesaan supaya inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan keadaan itu sekaligus menimbulkan persepsi terhadap inkues yang dijalankan oleh saya atas arahan peguam negara sendiri seolah-olah  sebagai satu permainan wayang,” katanya.

Advertisement

Berikutan itu mahkamah menetapkan 23 September ini bagi pendengaran dan pengurusan kes selanjutnya.

Dalam prosiding itu peguam Hanif Katri Abdulla selaku pemohon mewakili keluarga Muhammad Adib manakala peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy selaku defendan menandatangani mewakili Tommy.

Pada 21 Ogos lalu Tommy memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan komital keluarga Muhammad Adib terhadapnya berhubung prosiding inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib, tidak lengkap.

Narkunavathy memberitahu Mahkamah Koroner di sini ia kerana dakwaan keluarga anggota bomba itu bahawa afidavit Tommy yang didakwa mengganggu inkues serta menghina mahkamah tidak diberikan secara terperinci.

Hanif Katri dalam hujahannya memaklumkan mengatakan bahawa afidavit peguam negara pada 3 April lepas yang menyatakan Muhammad Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan, jelas menggangu prosiding inkues.

Beliau berkata, Tommy sebagai Peguam Negara tidak boleh mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian Muhammad Adib. – KOSMO ONLINE

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *