INILAH tulisan kami yang akhir mengenai Kongres Maruah Melayu sebelum ianya bermula pada 6 Oktober 2019. Artikel ini pendek sahaja supaya tidak mengundang jemu orang membacanya. 

Pada hari itu, panel berilmu akan menyuakan saranan mengenai kepentingan orang Melayu dan Pribumi mengikut Perlembagaan Persekutuan. Tun Mahathir akan hadir memberi ucapan. 

Kami harap kongres ini akan menumpukan seluruh tenaga dan kebijaksanaan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang telah dibuat oleh kerajaan.

Tuanku DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah banyak kali bertitah supaya kerajaan dalam menjalankan tugas, mematuhinya. Perdana Menteri Tun Mahathir pun juga berkali kali menekan bertapa pentingnya untuk bertindak mengikut ‘the rule of law.’ 

Advertisement

Negara akan hancur kalau meminggirkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang dibuat bersangkutan dengannya. 

Percayalah. 

Maka, Kongres Maruah Melayu yang akan berlangsung pada 6 Oktober ini hendaklah membuat resolusi yang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta.

Terima kasih.

* DATO PROF EMIRITUS HASHIM YAACOB dan ADI SUKMA

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *