OLEH RAZALI AWANG

PERANG selalu membuatkan manusia hilang kewarasan dan kemanusiaan. Sudah tidak ada bezanya dengan haiwan malah dalam keadaan tertentu haiwan lebih baik daripada manusia yang hilang kemanusiaan. 

Demikianlah yang berlaku kepada regim Bashar al Assad ke atas rakyatnya sendiri yang menjadi tahanan. Mereka diseksa dengan berpuluh cara yang memperlahankan kematian semata-mata kerana menentang atau disyaki terlibat dalan kegiatan menentang kerajaan.

Kekejaman yang dilakukan seolah-olah tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada tahanan yang tidak berjaya menyelamatkan diri daripada pemerentah sendiri di Syria.  Sirnanya rasa kemanusiaan,  tingkah yang zalim dan kejam dijadikan undang-undang.

Lakaran yang dikeluarkan oleh SNHR mengenai kekejaman regim Bashar.

Inilah bukti-bukti kekejaman yang berjaya diseludup keluar oleh bekas jurugambar regim yang hanya dikenali dengan kod nama ‘Caeser’ itu. Daripada bukti gambar yang diseludup mendedahkan regim menggunakan 72 cara penyeksaan ke atas tahanan.

Nampaknya kekejaman manusia ke atas manusia lain tidak terhenti malah terus dilakukan oleh matlamat memenangi perang.  Manusia zaman moden dikejutkan dengan kezaliman tentera Nazi  ke atas orang Yahudi  di Jerman, kemudian regim Khmer Rough pimpinan Pol Pot di Kemboja,  di perang Bosnia dan  kekejaman tentera Burma  ke atas etnik Rohinya.

Melalui gambar-gambar yang diseludup oleh Ceaser,   identiti 801 individu yang bertanggungjawab  melakukan kezaliman itu telah dikenalpasti. Tetapi persoalannya Syria sekarang ini seolah-olah tiada undang-undang. Tidak ada siapa yang akan mendakwa individu yang melakukan kekejaman itu.

Lakaran dan butirannya kemudian dimuat naik  Syian Network for Human Rights (SNHR) di laman Facebooknya. 

Ia menunjukkan 27 imej tahanan diperlakukan di luar batasan kemanusiaan dan menjalani pelbagai cara siksaan dari sekecil-kecil seperti mencucuk dengan jarum, pin atau skru ke bahagian badan tahanan sehingga ke tahap disalai seperti  kembing golek. 

Advertisement

Bayangkan azabnya. Itu belum lagi diberi renjatan elektrik dan dibelasah sampai mati.  Tujuannya supaya tahanan tidak mati dengan segera. 

Rakyat Syria melarikan diri ke tempat selamat.

“Laporan mendedahkan  tiga kaedah asas seksaan: penderaan fizikal, yang terdiri daripada 39 cara, penafian hak mendapat rawatan membabitkan enam cara, keganasan seksual lapan cara, penderaan psikologi dan penghinaan maruah manusia  lapan cara, penderaan di hospital tentera sembilan cara dan sebagai tambahan dipaksa menjadi buruh kerja berat sebagai cara pengasingan”, kata SNHR.

Dalam laporan setebal 65 muka surat, SNHR merekodkan kematian lebih 14,131 tahanan antara Mac 2011 hingga September 2019, di mana 173 kanak-kanak dan 45 wanita turut menjadi korban seksaan yang tidak berperikemanusiaan itu. Jumlah itu termasuk 189 orang yang dibunuh sepanjang tahun ini.

Menurut SNHR lagi, sejak kebangkitan menuntut hak demokrasi pada Mac 2011, hampir 1.2 juta rakyat Syria telah ditahan. Selepas lebih lapan tahun,  130,000  daripada mereka kini masih dipenjara dan dinafikan hak mendapat keadilan yang selayaknya.

Perincian mengenai imej dan butiran seksaan yang dilakukan tentera regim dan sekutunya ke atas rakyat Syria  boleh didapati di laman Facebook Anas Alshamy dan sn4hr.org.

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media  Syria Care.
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *