Datuk Zainal Abidin Borhan

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan mengenai lambang bintang berbucu lima pada bendera Malaysia yang digunakan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( GAPENA ) menyifatkan tindakan meletakkan bendera Malaysia Lima Bintang sebagai suatu perbuatan menghina negara.

Penganjur Kejohanan Bola Keranjang telah menunjukkan sikap biadap dan tidak memperlihat rasa cinta kepada negara. 

Penggunaan lambang yang tidak betul adalah suatu kesalahan, dan tindakan tegas perlu diambil ke atas penganjur.

Permohonan maaf agak sukar diterima kerana kejohanan tersebut adalah rasmi dan MABA bukan persatuan sukan yang baru.

Kejadian di Stadium Negara ini boleh dilihat sebagai mencabar kedaulatan negara dan penganjur kejohanan patut digantung.

Sepatutnya, ada raptai yang menyeluruh dalam suatu kejohanan yang besar.

Janganlah mudah memohon maaf apabila melakukan kesalahan penggunaan lambang negara.

Kenapa tidak teliti dahulu? MABA bukan organisasi kecil dan kejohanan bola keranjang tersebut bukan peringkat kampung. 

GAPENA meminta Kementerian Belia dan Sukan mengambil tindakan tegas dengan menggantung persatuan tersebut.

Selain itu, GAPENA mahu lihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur mengikut Akta yang ada.

Bendera Malaysia yang dipasang pada acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak MABA, di Stadium Negara semalam.
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *