Sekumpulan Cina yang menyeludup masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini.

OLEH KU SEMAN KU HUSSAIN

Membawa pulang abu mayat Chin Peng tidak berlaku secara mendadak dan ini merupakan berkesinambungan isu-isu lain yang menjurus kepada peleburan jati diri Melayu dan peningkatan gelombang kecinaan.  Semua ini berlaku secara terancang dan rekonstruksi sosial yang menjurus kepada acuan Cina telah tersedia untuk dilaksanakan.

Menyalahkan kerajaan dahulu atau sekarang tidak memberikan sebarang rumusan. Ini kerana gagasan pembinaan negara bangsa beracuan Cina selain menghidupkan komunisme dijalankan secara berterusan sejak dulu hingga sekarang. Sejak Chin Peng hidup hingga menjadi abu.

Sesetengah  dalam kalangan pemimpin politik Cina telah lama berjuang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.  Mereka berjuang atas nama kepentingan Cina bukan parti.  Apabila sesetengah dalam kalangan mereka berada dalam kerajaan, usaha ini menjadi lebih mudah walaupun sudah menjadi abu.

Banyak bukti yang boleh dilihat sebelum abu mayat itu dibawa masuk ke negara ini.  Antaranya  wujud penolakan terhadap  sistem satu sekolah,  mempertahankan sekolah vernakular Cina,  memaksa kerajaan mengiktirafkan UEC,  memasang bendera Malaysia secara terbalik,  mengubah imej bintang pada bendera Malaysia  dan  mengangkat bahasa Cina dalam kegunaan rasmi seperti papan tanda jalan.

Sebahagian tetamu yang hadir di majlis memperingati komunis di sebuah dewan di Kajang baru-baru ini.

Semua ini merupakan penyerapan secara halus untuk membina negara bangsa beracuan Cina di negara ini. Pada masa yang sama menolak sesuatu yang membawa ciri-ciri  Malaysia di mana Melayu dan Islam menjadi tunggaknya.  

Bila abu itu dibawa masuk dan di mana acara ritual menabur abu diadakan?  

Semuanya ada makna.  Sangat dangkallah pihak yang memperemehkan isu abu mayat Chin Peng ini.  Dibawa masuk pada 16 Semtember 2019 sempena Hari Malaysia,  ditabur di laut di Lumut kerana di situ  ada Pangkalan TLDM. Kemudian di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung.

Semua ini adalah simbol kejayaan  jati diri  acuan Cina dan percubaan menghidupkan ideologi komunis. Banjaran Titiwangsa selain tulang belakang negara, ia juga terkenal sebagai tempat pertempuran antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) pimpinan Chin Peng dengan perajurit negara.

Advertisement

Abu mayat itu boleh sahaja ditaburkan di mana-mana jirat Cina. Tetapi apabila memilih lokasi tertentu sudah tentu membawa makna lain dalam konteks menghidupkan ideologi komunis di negara ini.

Kemuncaknya menganjurkan acara  reunion penyokong komunis di sebuah dewan di Kajang, Selangor.  Acara ini diadakan secara terbuka dan turut dihadiri oleh pemimpin politik Cina dengan helah  hanya memperingati  perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989. 

Dalam lanskap politik yang didominasi oleh Cina sekarang ini,  proses peleburan jati diri Melayu pula berjalan dengan lancar dengan sokongan orang Melayu sendiri. Ini mampu menghalang suara-suara lantang mencabar pembentukan acuan kecinaan.

Maka tidak hairan kalau isu abu mayat dan reunion penyokong komunis ini lenyap begitu sahaja. Disebabkan kuatnya  acuan jati diri kecinaan,  sebahagian daripada orang Melayu diajak berfikir selari dengan golongan ini.

Melayu jenis ini tidak dapat melihat secara semiotik di sebalik tindakan yang menjurus kepada menghidupkan ideologi komunis. Mereka naif, dangkal dan bodoh sombong.

Ini termasuklah pemimpin Melayu yang talian hayat politiknya di tangan Cina. Maka yang dimuntahkan kepada rakyat ialah kenyataan yang cuba menafikan wujudknya penyerapan acuan Cina dalam negara bangsa dan penyusupan ideologi komunis walaupun selepas 30 tahun PKM meletak senjata.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *