Oleh Dr Nordin Kardi

SAHABAT saya Profesor Dr Haim Hilman Abdullah, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) menegur kerajaan supaya tidak mengorbankan peluang anak-anak tempatan mendapat tempat kerana mahu menempatkan pelajar asing, terutamanya di universiti top negara – Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sebagai rakan sekerja semasa kami sama- sama di UUM (2005-2011) saya faham niat baik Dr Haim. Mengikuti ceritanya, beliau sama seperti saya yang berasal daripada golongan ‘lumpenproletariat‘.

Kami sama-sama hipersensitif apabila ada hal menyentuh untung nasib golongan kami itu. Jika itu terjadi kami akan ‘run amok’ hingga lupa apa saja senjata yang ada di tangan kami, walaupun ia hanya seludang kelapa yang tidak mungkin mampu melawan Tuah yang ada Tamingsari. Ini ternyata daripada tulisan-tulisan dan siaran beliau di media sebelum diangkat menjadi Yang Berhormat lagi.

Dr Haim Hilman Abdullah

Kembali pada kes universiti top negara yang dibanjiri warga asing, saya percaya semangat murni Dr Haim yang disebutkan di atas tampil atas kapasiti beliau sebagai wakil di dewan yang mulia bagi menyuarakan suara rakyat. Itu bukan mewakili suara peribadi beliau. Itulah kapasiti semasa beliau. Dalam kapasiti itulah saya percaya beliau menyuarakannya, bukan kerana lupa akan ‘definisi hakiki’ dunia universiti.

Kami sama sama faham bahawa Malaysia telah sampai pada zaman yang negara ini sudah ada sedikit kemampuan untuk mengangkat kembali definisi hakiki universiti di Malaysia pada suatu definisi universal.

Saya sangat banyak menelaah hal ini semasa membuat tesis doktoral saya. Saya mengkajinya dari zaman “original medieval concept” hingga konsep universiti zaman modern.

Kes mahkamah batu tanda definisi universiti ialah apabila sebuah kolej di negara Inggeris bernama St. David’s College di Lempeter menyaman “The Cown” supaya diberi Charter yang melayakkan mereka diangkat dari taraf kolej pada taraf universiti.

” A landmark case of St David’s College, Lampeter v The Crown/Ministry of Education (1951). It was heard in the Chancery Division of the High Court and is recognized as the first time an English or Welsh court was formally forced to legally answer the question, “What is a university?”

Hakim Justice Vaisey dalam penghakimannya menulis kenyataannya yang masyhur menyebut:

“University” is not a ‘word of art/ —meaning it lacks a strict, universal technical definition. While most people can easily identify a university when they see one, pinning down an exact legal definition is incredibly difficult”.

Sebanyak enam kriteria universiti ditetapkan antaranya:

” … A university was a studium generale. In the Middle Ages, the word generale did not mean that they taught a general variety of subjects. Instead, it meant that the institution welcomed students and teachers from all over the world (or all regions), and that its degrees were universally recognized across Christendom”.

Maksudnya, sesebuah universiti bukan sahaja memiliki kurikulum yang universal dengan pelbagai program pengajian, tetapi hendaklah di dalamnya ada komuniti guru dan murid yang datang dari serata pelosok dunia.

Namun Hakim Vaisey menyatakan bahawa mahkamah memahami bahawa jika itu dipakai dengan tegas maka kolej-kolej yang kecil akan kehilangan status dan terdiskriminasi serta ada juga yang akan menyalahgunakan:

i. Many prominent, state-funded institutions that primarily serve local or regional students would legally lose their university status.

ii. Conversely, a small local college could claim to be a university simply by recruiting a handful of international staff and students.

Hakim Vailey melonggarkan definisi bagi membolehkan universiti yang dibiayai negara atau negeri tidak kehilangan statusnya sebagai universiti dengan menerima institusi yang tidak mampu memberi wajah fizikal dunia dengan mempunyai komuniti guru dan murid dari merata dunia. Maksudnya Hakim Vailey faham maksud menjaga kepentingan lokal.

Dalam konteks Malaysia, negara telah mempunyai 20 universiti awam dan ratusan universiti dan pengajian tinggi. Sampai masanya beberapa universiti berkemampuan untuk ‘live up to the expectation of the strict definition of its origin’ selain dari menjaga kepentingan lokal. Tambahan pula mereka sememangnya sudah berkemampuan.

Keunggulan sesebuah universiti mewajibkan adanya ramai pelajar dari pelosok dunia mencari kehidupan ilmu (Gambar hiasan)

Sampai masanya universiti top dibanjiri mahasiswa dari segenap pelosok dunia. Malaysia wajib ternama di dunia sebagai pusat tamadun pengajian tinggi.

Sekarang kita baru dicabar dengan kebanjiran pelajar asing. Mereka tidak akan datang ‘secara banjir’ jika universiti di Malaysia tidak berkualiti. Selepas itu Malaysia akan bergerak pula ke arah membanjirkan para guru dengan guru terbaik dari seluruh dunia.

Bayangkan bagaimana pula nanti krisisnya apabila saat itu sampai jika kita tidak bersedia dan terbuka minda, sedangkan itulah ‘the origin of a university’. Guru sewaktu di Harvard memberitahu saya, “If you think that you’re world best, come to us and just state your term”. Tidakkah Malaysia juga mahu melakukan undangan yang sama kepada calon guru dan calon murid terbaik dari seluruh dunia?

Saya tidak mahu merendah diri dan berlapik dalam hal hala tuju ke hadapan universiti Malaysia kerana hidup saya hampir seluruhnya di dunia universiti. Saya pinjam kata kata peninju Mohamed Ali, “It is hard to be humble when you are great”.

Dalam hal ini bukanlah saya ‘great’. Dalam struktur saya bukan siapa-siapa berbanding rakan-rakan di Kementerian Pengajian Tinggi, ‘I am just a nobody’. Saya tiada apa-apa kedudukan tetapi ‘saya sangat tahu’.

Oleh itu apa yang Dr Haim timbulkan, saya tekankan sekali lagi, bahawa beliau hanya menyuarakannya sebagai seorang wakil rakyat, bukan dengan topi seorang profesor akademik yang menjunjung definisi unggul universiti.

Ia bukan perkara fundamental dunia universiti. Maka sesuai dengan itu, penyelesaiannya hanyalah penyelesaian teknikal pentadbiran dan pengurusan harian dengan permainan angka sahaja. Menjaga kepentingan lokal dan mengangkat universiti top negara ke liga dunia adalah sama penting – kedua-duanya adalah untuk kepentingan negara.

Dr Haim mahu universiti top tidak dikorbankan kerana menempatkan mahasiswa asing. Keunggulan universiti pula mewajibkan adanya ramai pelajar dari pelosok dunia mencari kehidupan ilmu. Selesaikan sahaja persoalan ini. Cari equilibrium. Tidak rumit dan komplikated. Sebab itu saya pernah menulis supaya universiti unggul negara seperti UM jangan dijadikan ‘kolej vokasional’.

Tetapi sayang sekali UM mahu mengambil pelajar antarabangsa dengan pendekatan menubuhkan Universiti Malaya-Wales sebagai cabang swasta, yang kemudiannya berjuang dengan isu ranking, sedangkan UM ranking QS 50an dan Wales St David’s tiada ranking.

Cuba bandingkan University of Michigan (UoM) yang berada pada ranking dunia ke 21 (THE) dan 51 (QS) dengan UPM ranking 138 (QS) . UoM mempunyai populasi pelajar sekitar 60,000 dan UPM sekitar 25,000. Pelajar antarabangsa UoM sekitar 9,000 dan UPM sekitar 4,500. UoM mempunyai pelajar daripada 165 negara. Baca data ini dengan teliti dan fahami maksud saya.

Melihat data di atas jawapannya tidak terlalu susah. Misalnya tetapkan “cut off point” masuk ke universiti top Malaysia. Ambillah sampai kerak-kerak selagi ada dan yang memilihnya sebagai pilihan pertama dengan tajaan atau subsidi. Selebihnya buka seluasnya kepada pelajar dunia dengan kos sebenar. Banjirkan saja. Caranya ialah membesarkan kek ekonomi universiti sambil mengekalkan bilangan maksimum pelajar lokal.

Besarkan kapasiti ruang universiti dengan tidak terikat pada pembahagian ekuiti. UPM mampu membesar dengan populasi 60 ribu. Banjirkan pelajar asing top dari seluruh dunia. Kampus UPM akan menjadi World Agropolis City.

Bukankankah konsep itu telah digunakan sebagai asas Dasar Ekonomi Baru? Besarkan kek ekonomi meskipun ada perubahan elemen ekuiti dan ‘distribution’.

Natijahnya anak muda cemerlang negara terjaga dan Malaysia memasuki liga universiti top di dunia, menempatkan mahasiswa top dan guru top dunia, memenuhi definisi asli universiti dengan memenuhi segala kriterianya.

Jadi, jangan ‘bunuh’ Dr Haim walau sebesar mana pun dosanya di mata para birokrat. Beliau berperanan sebagai jurucakap kepada resah rakyat yang beliau wakili, namun tidak mungkin beliau yang hidup lama di universiti akan membelakangkan konsep “univer” (universal) dan ‘siti (institution), menjadikannya UNIVERSITI.

Saya amat yakin inilah yang difahami dan dianuti oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sekarang, kerana itu beliau tetap kelihatan tenang menghadapi cabaran pengajian tinggi negara.

  • TAN SRI PROFESOR DR NORDIN KARDI adalah Ketua Pegawai Eksekutif Jakarta Business School di Jakarta.
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *