OLEH AZRAN FITRI RAHIM

TERKINI Pukul 6.30 pm – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akur dengan perintah mahkamah yang mengarahkannya untuk batalkan persidangan berkaitan isu tulisan jawi pada Sabtu.

Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong berkata pihaknya tiada pilihan lain melainkan untuk menurut perintah yang dikeluarkan.

ARTIKEL ASAL

ESOK (28 Disember 2019) akan berlangsung Kongres Pertubuhan Cina bagi membantah membantah penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pada 28 November lalu (sebulan lalu) Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak saman yang difailkan oleh Presiden Parti Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai terhadap Kerajaan Pusat.

Saman tersebut bagi mencabar keputusan Kementerian Pendidikan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular yang disifatkan parti itu boleh membawa persepsi Islam disebarkan kepada pelajar agama lain.

Kongres Pertubuhan Cina itu dianjurkan oleh Dong Zong. Beria-ia benar pertubuhan itu membantah Jawi yang hanya tiga muka surat.

Pertubuhan Cina, Dong Zong telah beberapa kali melancarkan provokasi dan sudah sampai masanya untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Dan sudah dua kali kerajaan menyatakan bahawa pengajaran jawi hanya pilihan di sekolah vernakular. Ibu bapa diberi pilihan untuk menentukan jawi atau khususnya khat diajar di sekolah tersebut. Jika lebih separuh  daripada ibu bapa bersetuju maka subjek itu akan diajar  jika ramai yang tidak bersetuju maka sebaliknya.

https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/596203/pengenalan-jawi-kekal/amp

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1799249

Ketika meniliti isu ini saya teringat kepada satu peristiwa yang berlaku tiga tahun lalu.

Kejadian itu melibatkan saya dengan seorang wartawan akhbar berbahasa Cina. Beliau menuduh akhbar Kosmo! rasis kerana menyiarkan kepala (tajuk) berita pasangan beregu campuran negara menghampakan jutaan rakyat Malaysia. 

Baginya, kemenangan tersebut sepatutnya diraikan seluruh rakyat negata ini kerana bukan mudah untuk mendapatkan pingat Perak di Olimpik.  Itu Saya sangat setuju.

Beliau mendakwa, kepala berita itu sengaja diletakkan begitu kerana pemain tersebut adalah Cina, jika Melayu mesti dirayakan dengan hebat oleh akhbar keluaran Utusan Melayu itu.

Bagi saya, beliau sengaja menimbulkan provokasi kerana membangkitkan perkara tersebut di dalam grup whatsapp yang disertai oleh semua wartawan di Kelantan. Tetapi ia  tidak akan mengubah apa-apa kerana kami semua tahu bahawa bukan kerja wartawan untuk menulis kepala berita.

isu kepala berita yang ditulis oleh editor.  Maka tidak guna membangkitkan perkara tersebut di dalam grup whatsapp kami yang hanya akan mengeruhkan hubungan sesama kami. 

Lagi pun saya percaya editor Kosmo! sedar mengenai perkara tersebut kerana akhbar itu dikecam hebat oleh warganet.

Beliau masih tidak dapat menerima teguran saya dan terus mengheret perkara tersebut panjang lebar. Sehinggalah membawa kepada saya menyebut adakah tidak rasis apabila syarikat Cina mengutamakan penutur Mandarin?

Saya katakan bahawa mengutamakan Mandarin dan bercakap Mandarin sesama Cina khususnya ketika mahu membeli barang menimbulkan syak dan ini tidak bagus.

Beliau membalas, bagaimana pula dengan tulisan Jawi hanya difahami oleh orang Melayu. Panjang lebar beliau berhujah mengenai Jawi sedangkan beliau sendiri sedar berapa kerat sangat jawi digunakan kecuali di papan tanda perniagaan, itu pun di Kelantan.

Advertisement

Kami berhujah sehingga sampai kata putus beliau sanggup mengajar saya Mandarin tetapi dengan syarat saya perlu mengajarnya Jawi. Saya bersetuju. 

Kelas sepatutnya bermula pada Isnin minggu berikutnya di pejabat Utusan Biro Kelantan di Jalan Dusun Muda tetapi sehingga pejabat itu ditutup pada 9 Oktober 2019 beliau tidak muncul.

Tetapi lupakan pasal kelas itu. Saya pun tidak mahu ambil pusing dan tidak akan menuntut. Kami sudah kembali seperti biasa. Bertemu dan bersalaman dan berbual seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara kami. 

Masyarakat Cina sedar dan tahu  mengenai Jawi sebagai warisan negara ini. Mereka juga sedar bahawa Jawi mempunyai pengaruh dalam masyarakat Melayu walaupun jarang digunakan. 

Jadi tidak salah pun belajar Jawi. Seperti juga orang Melayu berpusu-pusu menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Tidak luak pun ‘Melayu’ mereka. Tidak luak pun ‘Cina’ mereka kalau belajar Jawi. 

Jawi adalah tulisan Melayu. Tidak membawa kepada Islamisasi. Nahu jawi jauh langit dengan bumi dengan bahasa Arab.  Ejaan jawi bunyinya berbeza dengan ayat al-Quran. Cuma hurufnya sama. Entah siapa yang menanam dalam kepala otak Dong Zong belajar jawi ‘masuk’ Islam. 

Pada pendapat saya, kedua-dua subjek ini – Jawi dan Mandarin – sepatutnya dijadikan mata pelajaran wajib bermula dari sekolah rendah. Bahasa adalah elemen yang amat penting untuk memupuk perpaduan kaum. Bahasa akan menghilangkan syak.

Dan sekarang paling penting ialah menghapuskan Dong Zong yang melampau.  Mereka menjadi penghasut dan meminta yang bukan-bukan. Mereka sengaja mencabar orang Melayu dan mahu mencetuskan huru hara.

Saya yakin dan percaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tahu apa yang sedang berlaku dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menunggu masa untuk bertindak.

Mereka berdua adalah pemimpin yang berani untuk menghalang Kongres Pertubuhan Cina di Kolej New Era, Kajang dan Dong Zong masih bebas dan sebebasnya demi Malaysia Baharu yang lebih damai dan harmoni.

  • AZRAN FITRI RAHIM adalah mantan Ketua Biro Utusan Malaysia Kelantan. Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian KUSEMAN.COM
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

2 thoughts on “Kongres Cina esok kemuncak biadab Dong Zong”
  1. Yang wajib adalah bahasa melayu… Berapa ramai org cina yg duk kat negara malaysia (warganegara) yang tak reti bahasa melayu dan tak mau xakap melayu… Indonesia adalah contoh yg baik dimana bahaaa kebangsaan mereka menjadi kewajiban kepada semua warganegara mereka tidak kira bangaa apa sekalipun

  2. Yang wajib adalah bahasa melayu… Berapa ramai org cina yg duk kat negara malaysia (warganegara) yang tak reti bahasa melayu dan tak mau cakap melayu… Indonesia adalah contoh yg baik dimana bahasa kebangsaan mereka menjadi kewajiban kepada semua warganegara mereka tidak kira bangsa apa sekalipun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *