OLEH DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN

ADALAH terlalu awal untuk kita menjangkakan apa yang bakal berlaku sama ada dalam tempoh yang terdekat mahu pun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung selewat-lewatnya pada tahun 2023 kelak.

Ini adalah tempoh yang pendek untuk menguji kestabilan dan kemampuan kerajaan yang baharu, sebagaimana pendeknya kerajaan lalu yang bertahan hanya selama 21 bulan.

1- Di antara elemen asasi yang ingin dilihat oleh rakyat sekaliannya adalah sejauh mana kerajaan baharu ini berjaya mempamerkan kepimpinan yang memenuhi tiga kriteria iaitu, ‘Bersih, Berintegriti dan Berkaliber’.

2- Di antara perkara utama yang perlu diperkotakan segera adalah bagaimana kerajaan menangani isu ekonomi negara, kos sara hidup yang tinggi, kos dan kualiti pendidikan di peringkat nasional serta isu kos kesihatan buat rakyat marhaen.

3- Di antara perkara hangat dan sensitif yang banyak ditimbulkan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga memberi kesan kepada keharmonian kaum adalah hal ehwal agama dan hak istimewa Melayu dan bumiputera.

Tidak ketinggalan juga isu yang membabitkan bahasa kebangsaan dan insiden jahat yang melibatkan kebiadaban terhadap Majlis Raja-Raja Melayu.

4- Sama ada ia disedari langsung oleh pemimpin politik atau pun tidak, orang Melayu dan badan-badan Islam cukup terasa bila dikocakkan oleh cubaan untuk menghidupkan agenda komunis, perluasan agenda evangelis, kelantangan kelompok songsang el-gee-bee-tee, agenda liberalisme dan pluralisme agama.

Bukti kepada insiden-insiden amat banyak, andai perlukan bukti.

5- Rakyat masih ternanti-nantikan hasil akhir daripada perbicaraan di mahkamah terhadap kes profil tinggi yang melibatkan bekas pemimpin negara Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama mempersoalkan pengendalian kes panas oleh mantan Peguam Negara (AG) seperti kes militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pemimpin DAP, kes kematian Adib dan sebagainya.

Advertisement

6- Secara peribadi, saya tidak nampak bahawa pemimpin parti politik Melayu serius dalam menyediakan barisan pelapis kepimpinan masa depan secara terancang berbanding DAP sendiri, yang kini diwakili oleh pemimpin muda di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kebanyakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen DAP (60 peratus) berumur bawah 40 tahun (2018 – Anthony Loke 39, Hannah Yeoh 39, Teo Nie Ching 37, Yeo Bee Yin 35).

7- PRU15 adalah medan ujian yang sebenar bagi sesebuah parti atau gabungan parti politik yang benar-benar mampu mempengaruhi generasi muda apabila berlaku pertambahan pengundi muda secara drastik (7.8 juta) daripada 14.9 juta kepada 22.7 juta total pengundi.

Ini adalah ujian kepada parti politik Melayu berbanding DAP, MCA dan Gerakan yang jelas kelihatan jauh lebih bersedia.

Malam masih muda, ombak badai deras menerpa.

Semoga pemimpin yang dipilih akan gigih berkeringat menunaikan amanah buat agama, bangsa dan negara. Ya, jawatan ini adalah amanah yang akan dipersoalkan kelak.

Sebagai marhaen yang prihatin, saya menyeru sahabat seperjuangan dan rakan-rakan di luar sana agar tidak menyerahkan segala-galanya kepada pemimpin politik negara.

Sejarah yang ada telah memaparkan segala harapan yang berlalu, benar atau pun palsu.

Kita perlu bekerja, membantu dan menyumbang apa yang terdaya untuk umat dan negara, selain berdoa munajat dan saling bersama mengingatkan. – ISMAWEB

* PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN adalah Naib Presiden ISMA.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *