Kemusnahan yang sangat teruk di Gaza akibat serangan tentera zionis Israel baru-baru ini.

Oleh Ku Seman Ku Hussain

SEMALAM media tempatan melaporkan yang Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden begitu marah dan sedih dengan tindakan tentera zionis Israel mengebom Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara semenanjung Gaza pada Selasa.

Joe Biden juga dilaporkan berkata menerusi laman sosialnya, beliau telah menghubungi Raja Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sejurus selepas mendapat berita pengeboman hospital berkenaan. Kelihatannya Joe Biden sangat berperikemanusiaan.

Bagaimanapun Wall Street Journal (WSJ) 10 Oktober melaporkan Joe Biden telah menghubungi Netayahu buat kali ketiga dalam masa terdekat dan memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ketenteraan termasuk aset berteknologi tinggi ke wilayah berkenaan.

Ini belum lagi peruntukkan tahunan kepada Israel dalam belanjawan AS. Tahun 2021 sahaja misalnya AS menyalurkan RM5.6 bilion kepada Israel dan merupakan sebahagian daripada peruntukkan keseluruhan RM58 bilion bantuan ketenteraan bagi tempoh 2017 hingga 2027.

Benjamin Netayahu sang peminum darah.

Palestin bukan sahaja berdepan dengan serangan peluru berpandu dan bom daripada tentera zionis Israel, malah turut berdepan dengan perang naratif  media utama di Barat terhadap negara yang dijarah Israel itu. Serangan pejuang Hamas terhadap Israel minggu lalu  juga turut menjadi bahan berita utama di media Barat.

Bagaimanapun propaganda yang disebarkan oleh media utama antaranya  (WSJ),  Cable News Network (CNN),  British Broadcasting Corporation (BBC) serta banyak yang lain memihak kepada Israel. Naratif yang disebarkan ke seluruh dunia adalah Isreal tertindas dan teraniaya dengan tindakan ‘pengganas’ Hamas.

Sekalipun daripada sudut sejarahnya Israel adalah sebuah negara haram yang dibina di atas tanah Palestin, tuan tanah yang berhak pula yang dianggap pengganas. Istilah ‘terorist’  misalnya telah lama dirujuk kepada para pejuang Palestin.

Walaupun Barat kononnya menjuarai  dalam hal ‘kebebasan media,’  tetapi dalam kepentingan tertentu, media Barat menjadi sangat tidak bebas. ‘Kebebasan media’ yang diapungkan ke seluruh dunia itu tidak terpancar dalam maklumat dan karya-karya kewartawanan media Barat.

Banyak maksud yang dipesongkan untuk memperlihatkan Israel  berada di pihak yang teraniaya dan ditindas. Inilah kuasa naratif yang melanggar etika dan tidak bermoral.

Lihat sahaja  contoh terbaru tindakan BBC yang  cuba memerangkap Duta Palestin di London, Husam Zomlot ketika diwawancara di BBC beberapa hari selepas serangan besar-besaran tentera zionis di Gaza.  Moderator seolah-olah memaksa duta itu mengecam tindakan Hamas yang dikatakan menyasarkan kawasan kediaman awam.

Dalam wawancara yang disiarkan secara langsung itu,  moderator Lewis Jones awal-awal lagi memprovokasi duta itu dengan mendesak supaya menghentam tindakan Hamas menyerang Israel.  BBC cuba membawa propaganda bahawa Hamas bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan kepada orang awam Israel.

Bagaimanapun Husam Zomlot menjawab dengan lontaran kritikan keras terhadap sikap berat sebelah media Barat termasuk BBC yang dengan sengaja mencipta naratif keganasan di pihak Palestin.  Inilah realitinya di mana semua media utama di Barat dikawal oleh zionis atau pendokong zionisme.

Zionisme adalah gerakan nasionalis Yahudi untuk mengambil tanah milik Palestin yang bermula di Eropah sejak abad ke 19 dulu. Zionisme menyeru orang Yahudi bermigrasi  secara besar-besaran ke Palestin untuk mendirikan negara Yahudi. Mereka melarikan diri daripada gerakan antisemitisme yang menanamkan kebencian kepada Yahudi.

Inilah zaman perang propaganda. Siapa yang berjaya menguasai perang ini tidak kira baik atau sebalinya mempunyai potensi untuk menang. Menguasai empayar media adalah memegang tampuk dunia.

Inilah yang dilakukan oleh Yahudi, walaupun dengan populasi yang pada relatifnya sangat kecil iaitu 15 juta atau 0.2 peratus daripada populasi dunia.  Haya tujuh juta sahaja mendiami Palestin. Tetapi bangsa ini berkuasa menentukan corak politik dan ekonomi dunia – semuanya dalam kawalan mereka.

Pemilihan Presiden AS yang kononnya demokratik tidak lebih hanya momokan zionis untuk menyembunyikan tangan ghaib yang menentukan siapa yang layak diperkudakan untuk kepentingan mereka. Tidal ada presiden AS yang terlepas daripada kawalan Yahudi kerana semua pelobi dan pembiaya ketika kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.

Barat menjaja demokrasi, kebebasan media dan hak asasi manusia. Tetapi semua ini karut kerana di Barat tidak ada semua itu. Kekarutan ini dipasarkan kepada sesetengah pihak di negara sebelah sini. Hasilnya ada sesetengah pihak di negara kita pun menjadi pendokong hak asasi termasuk mempertikaikan undang-undang Islam.

Di Malaysia juga misalnya, ada pihak tertentu mengheret rakyat ke jalan raya untuk menuntut demokrasi, media yang bebas dan hak asasi manusia. Kebodohan sebenarnya tidak perlu dibayar. Mereka yang telah dibius oleh pembohongan Barat kerana merujuk kesejahteraan, keamanan dan keadilan sosial dari kolam takungan najis Yahudi yang zionisme menjadi terasnya.

Tragedi serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza dan membunuh beribu-ribu rakyat Palestin sejak lebih seminggu lalu dilindungi oleh empayar media zionis di AS. Walaupun seluruh dunia mengetahui Israel membunuh orang awam Palestin, termsuk hospital tetapi media Zionis membina persepsi bahawa Palestin itu pengganas dan Israel hanya mempertahankan diri daripada diserang pengganas.

Sejak serangan terbaru, media utama AS seperti Cable News Network (CNN), The New York Times dan Washington Post misalnya beratus kali sehari mendakwa Palestin sebagai pengganas. Siapa pemilik media ini kalau bukan Yahudi yang menganut ideologi zionisme di AS.

Memang benar tidak semua Yahudi jahat seperti Benjamin Netanyahu. Yahudi ortodoks misalnya menentang kekejaman yang dilakukan oleh zionis ke atas Palestin.

Sekalipun begitu kita jangan lupa bahawa 69 peratus Yahudi menganut ideologi zionisme. Jadi, majoriti Yahudi ialah zionis dan 4.26 peratus  penganut zionisme berada di luar Israel terutama di AS dan Eropah.

Media Barat bekerja untuk zionis. Tetapi kita memahaminya sebagai maklumat yang betul. Lihatlah bagaimana CNN diberi peranan besar semasa Perang Teluk pada awal 1990-an antara AS dengan Iraq. CNN menjadi alat untuk memberitahu dunia bahawa Iraq wajar diperangi kerana menyerang sekutu AS iaitu Kuwait.

CNN memikul tugas untuk memutihkan tindakan kejam dan hitam AS dengan mendakwa Iraq memiliki loji senjata nuklear. Tetapi sehingga kini AS tidak boleh membuktikan Iraq mempunyai loji senjata nuklear.

Bagaimanapun yang ditekankan oleh media Barat terutama CNN ialah kewajaran perang ke atas Iraq. Ini kerja zionis untuk menstrukturkan politik di Asia Barat mengikut acuan AS. Sejak lama dulu politik di Asia Barat sentiasa menjadi KPI kepada semua Presiden AS.

Siapa di belakang CNN yang berjaya diperagakan sebagai media yang telus, pantas dan cekap memberikan laporan eksklusif di zon perang kalau bukan zionis? Apalah sangat kehebatan wartawan CNN Peter Arnnet kalau tidak bekerja untuk menyebarluaskan ideologi zionis?

Inilah alat-alat zionis untuk mencapai matlamat jahat dengan laporan berat sebelah yang sangat kotor taktiknya. CNN dimiliki oleh empayar media Warner Media (dulu Time Warner) yang di bawahnya ada pelbagai saluran televisyen, akhbar, penerbit program hiburan dan juga penerbit filem.

Beberapa tahun lalu pemegang saham terbesar Warner Media  ialah Aviv Nevo seorang zionis tegar. Dia juga pemegang terbesar dalam konglomerat Goldman Sachs sebuah bank pelaburan multinational AS yang mempunyai hubungan dengan hampir semua bank pelaburan global.

Kuasa media dan ekonomi dipegang oleh Warner Media. Malah pernaz melantik Jeff Zucker seorang ekstremis Zionis yang digelar “utterly devoted to Israel” sebagai Presiden Antarabangsa CNN pada 2013 hingga 2021. Inilah kekuatan zionis pada era maklumat menjadi penentu jatuh bangun sesebuah kuasa dan ideologi.

Maka berita yang menunjukkan seolah-olah AS bersimpati dengan penderitaan mangsa serangan zionis Israel di Palestin mesti dibaca dengan sudut pemikiran kritikal. Perkara itu tidak berlaku, yang terpancar tidak sama dengan agenda tersembunyi persekutuan AS dengan Israel. – KAYANG POST

 

 

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *