Peguam Haniff Khatri (Gambar NSTP/SADDAM YUSOFF)

KUALA LUMPUR, 13 Dis 2023 – Peguam, Haniff Khatri berpendapat bahawa isu berkaitan konflik kepentingan perlu dibincangkan dengan teliti jika cadangan Sultan Johor yang mahu nama-nama calon yang memegang jawatan-jawatan tertinggi penguat kuasa undang-undang, diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja.

Menurut Haniff, ia bertujuan untuk mengelakkan masalah yang wujud berkaitan konflik kepentingan.

“Berkaitan dengan cadangan ke Bawah Duli Sultan Johor supaya nama-nama calon yang memegang jawatan-jawatan tertinggi penguat kuasa undang-undang diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja untuk diputuskan oleh ke Bawah Duli Yang di Pertuan Agong, maka perkara yang perlu kita bincangkan pada masa ini adalah bagaimanakah kita mengelakkan masalah yang wujud kini berkaitan konflik kepentingan daripada berulang, ujarnya.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu melihat kepada peruntukan berkaitan dengan kedudukan Ke Bawah Duli Yang di Pertuan Agong, menurut peruntukan Perkara 34 Fasal 3 menyatakan dengan jelas bahawa seseorang ke Bawah Duli Yang di Pertuan Agong tidak boleh melibat secara aktif di dalam perniagaan.

“Bermaksud ada halangan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk penglibatan Agong di dalam mana-mana unsur perniagaan, namun peruntukan yang sama tidak wujud di dalam kesemua Undang Undang Tubuh Negeri, masing-masing.

“Atas dasar itu, sekiranyalah langkah pertama untuk merealisasikan cadangan Ke Bawah Duli Sultan Johor, sekiranyalah perkara ini dapat diseragamkan iaitu melalui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri, kesemua yakni KeBawah Duli Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan Raja-Raja tidak boleh melibatkan diri di dalam urusan perniagaan, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ujar beliau.

Advertisement

Haniff menegaskan bahawa dengan cara ini maka tidak ada kekhuatiran mengenai konflik kepentingan.

“Tidak ada kedudukan di mana syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Baginda-Baginda Tuanku, disaman di mahkamah ataupun disiasat oleh pihak pelaksana yang mana mungkin ada pendedahan untuk dicampuri dengan salah.

Dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura, Sultan Ibrahim turut menggesa pelantikan kehakiman yang lebih bebas, dengan eksekutif tidak dilibatkan dalam proses tersebut.

“Kami (Raja-raja) hanya dapat senarai (daripada Pejabat Perdana Menteri) ketika (mesyuarat) Majlis Raja-Raja. Mengapa anda tidak beri nama (kepada kami) sebelum anda lantik? Kami bukan rubber stamp,” titahnya lagi.

Pada November 2022, Majlis Raja-Raja Melayu berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu bebas daripada eksekutif.

Ketika ini, berdasarkan amalan kerajaan, hakim dipilih oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik lima ahli suruhanjaya, menakala empat lagi diisi oleh hakim. – MALAYADAILY.COM

 

Baca tulisan asal di sini: https://malayadaily.com/berita/perlu-seragamkan-perlembagaan-persekutuan-dengan-undang-undang-tubuh-negeri-untuk-laksana-cadangan-sultan-johor-peguam/

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *