Cerita ini saya petik daripada pencerita asalnya Ku Seman Ku Hussain dalam bukunya “Anekdot Ku Seman: Kayu Hulu Kapak”. Ku Seman pula mengatakan cerita “kayu hulu kapak” ini ‘diriwayatkan’ kepadanya oleh seorang guru pencen di kampungnya. Ku Seman memanggil guru pencen itu “Cikgu”.

Ceritanya begini, antara salah satu nasihat yang Cikgu berikan kepada Ku Seman ialah “jangan sama sekali menjadi kayu hulu kapak”.

Kata Cikgu, kayu hulu kapak ialah orang yang menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri.Ya, mungkin macam Si Kitul itulah.

Hulu kapak itu diperbuat daripada kayu yang asalnya sebatang balak. Kayu itu diukir dan dibentuk cantik menjadi hulu kapak.

Apabila siap menjadi kapak, kapak itu pula digunakan untuk menebang kayu atau balak yang lain pula. Itulah yang dimaksudkan dengan pengkhianat!

Kata Ku Seman, dalam lain perkataan, kiasan kayu hulu kapak ialah orang yang dipergunakan oleh pihak lain untuk menumbangkan legasi atau khazanah milik bangsanya sendiri.

Advertisement

Padahal kapak atau mata kapak itu jika tidak ada hulunya, ia tidak dapat pun digunakan untuk “menebang balak”.

Jadi, mari kita tanya diri kita; adakah kita pernah menjadi kayu hulu kapak?

Ku Seman Ku Hussain ialah bekas Pengarang Mingguan Malaysia. Beliau menerima Anugerah Kategori Buku Umum dalam Majlis Anugerah Buku Negara 2019 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 pada April lalu.

Beliau menerima anugerah tersebut bagi bukunya “Anekdot Ku Seman: Kayu Hulu Kapak” yang mengumpulkan artikel yang pernah disiarkan dalam Mingguan Malaysia sepanjang beliau menerajui akhbar tersebut.

KOMENTAR OLEH: MUHAMMAD NIZAM SHAARI
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *