KONFLIK yang berlaku jauh di Amerika Syarikat (AS) dan Iran bukan sahaja memberi kesan kepada dua-dua pihak yang bertelagah itu, sebaliknya turut melibatkan negara-negara yang tidak terbabit. 

Hari ini Washington Post melaporkan pasaran harga emas dan minyak di Asia melonjak, manakala saham pula merosot selepas serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di barat Iraq.

Justeru itu, para wanita yang sering membeli emas untuk dijadikan aset wajar gusar dengan apa yang berlaku di sekeliling. Ramai yang kecewa apabila dapat tahu harga emas hari ini sangat berbeza dengan minggu lepas, naik hampir RM10 per gram secara tiba-tiba. Itu untuk harga di Pantai Timur yang jauh berbeza dengan Lembah Klang.

Menurut tinjauan yang lakukan, jika minggu lepas gelang tangan seberat 20 gram mungkin boleh dibeli dengan harga RM3,800 belum termasuk upah, hari ini harga sebanyak RM4,000 terpaksa dikeluarkan untuk gelang yang sama. Dalam masa beberapa hari sahaja, anda kerugian RM200 hanya kerana onar pihak lain.

Advertisement

Harga emas pukal dijangka mampu melonjak ke paras AS$1.700 (RM6,962) seauns atau RM245 segram tahun ini. 

Maknanya kemungkinan untuk anda membayar RM4900 untuk seutas gelang tangan yang sebelumnya anda beli dengan harga RM3,800 tidak mustahil berlaku pada tahun ini sekiranya gejolak politik antarabangsa kekal tegang.

Maka untuk para wanita dan mereka yang berminat menjadikan emas sebagai aset, eloklah mengambil peluang sebelum harga emas semakin tinggi. Dan bagi mereka yang tidak pernah terfikir kepentingan emas sebagai aset, inilah masanya untuk melabur dengan bijak. (Petikan Facebook TV AlHijrah)

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *