OLEH KU SEMAN KU HUSSAIN

KUALA LUMPUR  12 September – Hal ehwal Islam mulai dicampuri gerakan hak asasi dan ini meletakkan kedudukan Islam sama dengan agama lain.  Kejadian terbaru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan menahan 21 individu di markas Syiah di Gombak. 

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah Pengerusi Syiah Malaysia Kamil Zuhairi Abdul Azizi.

Suhakam dalam satu kenyataan   menzahirkan kebimbangan berhubung tindakan pihak berkuasa agama negeri Selangor itu kerana perbuatan tersebut  menurut Suhakam telah melanggar hak kelompok minoriti dalam beragama.  

Suhakam  juga mengingatkan bahawa semua individu mempunyai hak untuk mengamalkan mana-mana agama seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun ada dua perkara yang terlepas atau sengaja  daripada pandangan Suhakam.  Dua perkara ini menimbulkan persoalan apakah tujuan Suhakam mempersoalkan tindakan JAIS? Adakah Suhakam condong kepada pihak tertentu?

Pertama,   Syiah bukan agama tetapi perbuatan sekelompok yang menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar.  JAIS bertindak ke atas individu yang menyelewengkan ajaran  Islam bukan kepada pengikut agama lain.

JAIS  memikul tanggungjawab untuk memastikan hanya ajaran Islam dari Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang diamalkan oleh warga negeri Selangor. Tindakan pihak berkuasa agama itu bertujuan menyelamatkan orang Islam daripada dirosakkan oleh ajaran Syiah.

Tindakan ke atas semua individu yang ditahan itu dibuat di bawah Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Ini selari dengan ketetapan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang menyebut ajaran Syiah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pihak manakah yang mengawal selia hal ehwal Islam di negeri Selangor?  JAIS atau Suhakam?  Walaupun Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut hak kebebasan mengamalkan apa-apa agama tetapi  Syiah bukan agama.  

Advertisement

Syiah ini ibarat barah, kalau dibiar boleh mendatangkan mudarat.  Apakah Suhakam memperjuangkan barah dan cuba menyalahkan pihak yang membanteras barah? 

Kedua,   Suhakam kononnya memperjuangkan  hak kebebasan beragama setiap individu termasuk Syiah.  Baiklah,  kalau hak kebebasan pengikut Syiah terbela tetapi bagaimana pula dengan hak  umat Islam menolak Syiah yang merosakkan agama anutan mereka?

Apakah Suhakam hanya melindungi atau memperjuangkan hak individu yang mengamal dan menyebarkan Syiah dan mengabaikan hak pihak yang terpaksa menanggung kesan daripada  kerosakkan yang dibawa oleh Syiah?  Di mana adilnya agenda hak asasi Suhakam ini?

Keresahan dan kebimbangan masyarakat Islam di negara semakin meruncing apabila satu demi satu sempadan urus tadbir pihak berkuasa Islam dicabar oleh pihak tertentu.  Perkara ini semakin menjadi-jadi sejak pasca Pilihan Raya Umum (PRU14) lebih setahun lalu.

Membendung perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan Islam pun dipersoalkan dan ditentang atas hujah melanggar hak asasi manusia. Bibit-bibit liberalisme yang bergayut pada hak asasi menjadikan Islam terkepung dan terhimpit.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *